haiiii..
saje nak share pasal 1 tempat rekreasi ni.. untuk orang yang tinggal di bandar sometimes boleh jadi blurrrrr bila weekend.. duk umah je bosan..nak kuar kang takut banyak lak fulus terbang.. hehehe
so, momy share tempat yg boleh dikatakan jimat untuk bawa anak2..
99 WONDERLAND PARK!!!!
kat mana?? nak citer la ni. 99 WONDERLAND PARK ni berada di Tasik Sri Murni, Taman Sri Murni, Selayang area ni merupakan kawasan tasik yang berada diantara condominium baru - Lake Park Residence dan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Seri Murni dan berdekatan dengan Villa Lagenda Condominium. xtau?? guna je la waze dik..senang..hehehe
jangan risau pasal parking. korang boleh parking sesuka hati di tepi jalan tu.. sbb ni area residence. bukan tepi jalan besar. lau agak2 nak parking ada bumbung bayor lerrr..
di 99 WONDERLAND PARK ada macam mini zoo.. so anak2 boleh la layan tengok binatang2 kat situ. kalau pergi waktu malam lg cantik sebab dihias dengan lampu2.
kalau rasa nak naik cruise pun ada. harga berpatutan dan masuk akal. untuk cruise dewasa saje kena bayar RM10. anak2 FREE!!!!
nak dijadikan citer..masa kitorang pergi tu 99 WONDERLAND PARK belanja 300 das bunga api. rezeki!! 'iffat ternganga tengok bunga api. momy pon sama je. hehehe
xtau la nak citer ape lagi..korang tengok la gambar2 ni.. xde idea nak g mana weekend ni??? boleh try pergi 99 WONDERLAND PARK.. boleh abiskan masa berkualiti bersama anak2.
si kecik ni kemain seronok lagi datang ke 99 WONDERLAND PARK
pintu masuk 99 WONDERLAND PARK
map 99 WONDERLAND PARK
harga tiket 99 WONDERLAND PARK
cruise 99 WONDERLAND PARK
bersiar-siar naik cruise 99 WONDERLAND PARK
ada air pancut jugak kat sini
dalam kolam ni ada banyak ikan. boleh bagi makan kat ikan2 tu sume.. tapi mkanan kena beli la
mini zoo 99 WONDERLAND PARK
view 99 WONDERLAND PARK
view 99 WONDERLAND PARK
sambil jalan sambil ajar anak kenal haiwan di 99 WONDERLAND PARK
nice kan
00ooo ye..ada dinasour jugak tau kat 99 WONDERLAND PARK ni
ada juga aktiviti untuk anak-anak
happy face boleh tengok bunga api.. hehehe
ok dah.. hehehe.. so.. boleh la try ke 99 WONDERLAND PARK ye..
Sharing is caring
Lily Hashim
Comments
Post a Comment